ALLAHUAKBAR !!!!! HANYA KERANA BERMULUT CELUPAR DI MAKKAH...LIHAT APA YANG TERJADI PADA LELAKI INI AMAT MENGEJUTKAN...


Kisah yang hendak saya paparkan ini telah berlaku hampir 10 tahun lalu tetapi saya percaya ia tetap relevan hingga kini. Juga untuk masa-masa yang akan datang. 

Banyak iktibar yang b0leh diper0lehi dari kisah berkenaan. 

Pada tahun itu saya membawa kira-kira 600 jemaah, iaitu 200 lelaki dan 400 wanita. Apabila banyak jemaah dibawa bermakna banyaklah masalah yang perlu ditanggung. Dengan itu banyaklah juga kerenah mereka yang saya saksikan.

          Pada 11.30 malam 8 Zulhijjah, para jemaah meninggalkan bilik masing-masing dan menaiki bas menuju Padang Arafah. Bagaimanapun kerana jalan agak sesak, kami sampai kira-kira jam 4 pagi. 

Sampai di sana para jemaah masuk ke khemah masing-masing dan kemudian bersembahyang, berehat, berzikir dan beribadah. Kees0kannya sarapan diberikan 0leh pekerja muassasah. Badan yang letih terasa segar apabila menghirup air teh panas serta makanan seperti r0ti dan kuih.

 Sebaik tiba waktu wuquf, kami bersembahyang, bertalbiah, berzikir, berd0a, dan pelbagai ibadat lagi. Sejam kemudian para pekerja muasasah datang sekali lagi membawa makanan dalam tray. Saya lihat jemaah-jemaah menyuapnya dengan selera.

          Tapi ketika baru hendak menjamah makanan tiba-tiba saya mendengar berlaku kekec0han di khemah bersebelahan dengan khemah yang saya tinggal. Bunyinya riuh-rendah seperti ada pertengkaran berlaku. Saya meletakkan makanan dan menjenguk keluar.

          Dalam jarak yang Cuma beberapa meter sahaja, saya lihat se0rang lelaki separuh usia berdiri di hadapan pekerja muassasah yang datang membawa makanan. Mukanya merah dan bengis.

          “Hei!!!!” jerkahnya kepada pekerja terbabit. “Apa engkau ingat aku datang sini nak makan makanan macam ini? hah!!!”

          Pekerja muassasah yang umurnya awal 20-an diam tidak berkata apa-apa. Takut agaknya. Jemaah-jemaah lain pula mendiamkan diri, menunggu apa yang akan berlaku seterusnya.

  “Cuba engkau teng0k ini! apa benda ini? Nasi tak serupa nasi. Keras. Sayur tak serupa sahur. Macam rumput. Daging tak serupa daging. Liat. Ni apa ni benda ni hah?!! Aku bayar beribu ringgit tau nak datang sini tapi makanan macam ni yang engkau 0rang beri kat aku?”

          Pekerja muassasah terus diam membatu. Dia tidak berani menentang mata lelaki tersebut.

          Dengan suara yang keras lelaki itu menyambung, “kalau macam inilah, makanan ini layaknya untuk itik aku kat kampung aja. Makanan itik aku pun lebih sedap daripada yang ni! Tau??!!” jerkah lelaki tersebut sambil menghayunkan tray serta makanannya ke tepi khemah.

          Makanan berterabur di tanah sementara tray pula terpelanting entah ke mana. Lauknya terpalit meng0t0ri khemah yang bersih. Semua jemaah, lebih-lebih lagi pekerja muassasah itu tersentak. Saya juga begitu, terkejut dengan gelagat panas baran lelaki berkenaan. Namun kemarahan lelaki terbabit masih belum reda.

          “Hei! Dengar sini! Daripada makan makanan yang macam ni, lebih baik aku tak payah makan terus!!! Dah, kau pergi balik. Cakap dengan dia 0rang, aku tak mau makan makanan itik!” herdiknya lagi. Matanya merah seperti hendak ditelan pekerja muassasah itu.

          Selepas di maki hamun, pekerja muassasah itu berjalan perlahan meninggalkan lelaki tersebut. Mukanya pucat. Dia benar-benar malu kerana diherdik sedemikian rupa. Beberapa 0rang jemaah menghampiri jemaah tersebut.

          “Sabarlah bang aji. Nak buat macam mana, dah itu aja makanan yang ada, kita kena terimalah,” kata salah se0rang daripada mereka sambil memegang bahu.

          “Mana b0leh sabar! Kita bayar, mereka kenalah bagi makanan yang el0k! Bukan macam itu! Tu makanan itik!” diulangnya lagi. Macam-macam lagi perkara yang dibebelkan 0leh lelaki berkenaan. Baginya makanan tersebut terlalu hina untuk dimakan.

          Selepas berjaya ditenangkan, saya melihat lelaki itu duduk se0rang diri dan termenung. Tidak ada jemaah yang berani menegurnya. Pada tengah hari itu dia tidak menjamah makanan walau secubit pun. Saya yang sudah bertahun-tahun membawa jemaah haji dan telah melalui pelbagai pengalaman cuma memerhatikan saja gelagat panas baran lelaki tersebut. Bagi saya lelaki itu tidak faham bahawa apabila berada di Mekah bermakna kita akan melalui pelbagai ujian. Kita kenalah terima ujian itu dengan baik kerana pasti ada tujuan tertentu Allah turunkan ujian tersebut.

Kalau ujian berkenaan diterima dengan p0sitif pasti Allah akan memberi ganjaran yang baik. Tetapi kalau ujian itu kita terima dengan negative, maka tunggulah saja balasan daripada-Nya. Itulah yang selalu berlaku dan saya saksikan sendiri, atau dimaklumkan 0leh jemaah lain. Berdasarkan gelagatnya, saya berkata di dalam hati, “… aku tak pelik kalau bala menimpa lelaki ini”

          Alhamdulillah sehingga habis musim haji tidak berlaku sesuatu yang buruk kepada jemaah lain. Bagaimanapun tiga bulan selepas kembali dari Mekah, saya mendapat khabar bahawa lelaki berkenaan ditimpa satu penyakit yang aneh. D0kt0r yang memeriksa tidak dapat mengesan apa penyakitnya.

          Penyakit yang menimpa lelaki tersebut ialah tekaknya tidak dapat menerima nasi atau apa jua makanan. Yang b0leh diterima cumalah air dan susu.

 Kalau lelaki berkenaan makan nasi maka tekaknya akan rasa sakit menyebabkan dia terasa pedih dan mual. Beberapa kali keluarganya cuba memberi makanan tapi tidak berjaya kerana sebaik saja makanan itu mencecah anak tekaknya, lelaki tersebut akan mengerang kesakitan.

          Ketika terlantar itulah barulah lelaki tersebut teringat kembali kesilapan yang dilakukannya semasa di Arafah. Akhirnya dia sedar bahawa walaupun kurang menyelerakan tapi makanan tidak b0leh dihina kerana itu adalah rezeki Allah. 

Makanan juga makhluk Allah. Ia dicipta untuk kita, bukan untuk dihina dikeji. Biarpun hari ini kita mendapat makanan yang kurang el0k, kita masih perlukannya untuk hari-hari berikutnya. Kita perlu makanan untuk terus hidup.

Akibat penyakit itu, badan lelaki itu yang sebelumnya sihat dan tegap menjadi kurus kering tidak bermaya, terlantar di atas tilam tidak bergerak-gerak. Untuk menyambung hayatnya dia Cuma meminum air dan susu sahaja. Selepas menderita selama beberapa bulan, saya dimaklumkan bahawa lelaki berkenaan kembali mengadap Ilahi.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya “Rasulullah tidak pernah mencela makanan apa sahaja sekalipun, sekali-kali tidak. Apabila baginda mengingini (menyukai) sesuatu makanan, dimakannya, dan apabila baginda tidak menyukainya, dibiarkannya saja.”

SUMBER : CERITA MALAY WORLD