MEMANG KURANG AJAR !!!!!! Sudahlah mencuri....Yang Di selerakkan Al-Quran Dan Di Pijak-Pijak Tu Kenapa...?????


GARA-gara berang tabung masjid yang penat diumpil tidak mempunyai wang, se0rang pencuri tergamak bertindak ‘membalas dendam’ dengan menyelerakkan Al-Quran dan bahan bacaan lain di Masjid An-Nur, Felda Jengka 12, Maran, Pahang, kelmarin.

Kejadian itu disedari 0leh se0rang jemaah yang juga ahli jawatankuasa (AJK) masjid itu yang kebetulan hadir bagi menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5 pagi.

Terkejut melihat keadaan dalam masjid yang bersepah, AJK tersebut kemudian melap0rkan kepada pihak p0lis.

Menurut Ketua P0lis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi, suspek yang dipercayai berusia 40 tahun itu pada mulanya masuk ke dalam masjid untuk mencuri duit tabung.

“Suspek masuk menerusi pintu tidak berkunci dan cuba mengumpil tabung masjid, namun berang apabila tabung di ruang s0lat tidak berisi.

“Suspek bertindak menyelerakkan barangan dalam masjid termasuk al-Quran, sejadah dan telekung, malah beberapa barangan di dalam masjid turut dirosakkan,” katanya kepada Harian Metr0.

Setakat ini, kami masih belum menerima lap0ran sama ada suspek telah berjaya ditangkap ataupun tidak. 




SUMBER : MEDIA KERAS