PASTI ANDA TERKEJUT BILA DAPAT TAHU NENEK YANG MEMPUNYAI 5 CUCU INI DI HUKUM GANTUNG SAMPAI MATI..!!!!!!


TEMERL0H – Mahkamah Tinggi Temerl0h di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang nenek warganegara India yang didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 2.2 kil0gram di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada 10 0kt0ber 2013.

Tertuduh yang dikenali sebagai Malti, 60, dijatuhkan hukuman tersebut selepas Hakim Datuk Abdul Karim Ab Rahman mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan yang didakwa ke atasnya.

Abdul Karim berkata, mahkamah tidak berpuas hati dengan perlakuan tertuduh yang mendakwa menjadi keldai dadah tetapi gagal membuktikan kewujudan pihak lain.

Sejurus keputusan dibacakan penterjemah kepadanya, Malti yang memakai sari tidak dapat menahan kesedihan dan menangis sehinggalah ke luar galeri mahkamah.

Dalam penghakimannya, Abdul Karim berkata, tertuduh juga didapati tidak mempunyai n0mb0r telef0n pihak terbabit dan mempunyai tiket penerbangan pergi balik sekali gus meragukan dakwaan tertuduh datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Malah katanya, dengan amaun dadah yang begitu besar adalah mustahil dadah berkenaan untuk kegunaan sendiri sebaliknya untuk aktiviti pengedaran dadah.

Menurutnya, beberapa s0k0ngan pihak pendakwaan yang menunjukkan tertuduh cemas, berpeluh dan menangis ketika diperiksa juga menguatkan dakwaan tertuduh mengetahui kewujudan dadah tersebut.

“Hanya satu hukuman b0leh dijatuhkan kepada awak iaitu hukuman mati yang akan dilaksanakan ke atas kamu yang mana kamu akan dibawa ke penjara yang sah sebelum ke tempat hukuman,” katanya.

Terdahulu peguam tertuduh, Muhd Hisham Abdul Rahim mengemukakan rayuan dengan alasan tertuduh sudah tua dan mengidap kencing manis serta darah tinggi selain ini merupakan kesalahan pertama.

Hisham berkata, tertuduh yang mempunyai suami dan lima anak serta cucu tinggal di kawasan perkampungan miskin di New Delhi, India.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairuddin Idris manakala Malti diwakili peguam, Muhd Hisham Abdul Rahim. 

SUMBER : BULETIN MEDIA